Mari Belajar

Haha Blog title aku ni memang tak ada kene mengena dengan apa yang aku nak bagi tahu sebenarnya.



hari ini awal sikit aku habis memasak untuk makanan berbuka nanti.kebiasaannya aku mesti habis masak last2 minute nak berbuka itu pun kadang-kadang dah masuk waktu aku still masak.Selepas habis bersembang 3 jam bersama Khabibah munir dan Helmi Akim di sekolah petang tadi aku terus menuju ke bustop pulang kerumah.Dalam hati terus menyoal tentang keadaan dan masalah yang sedang menimpa diri aku.dalam aku kusyuk mengenang nasib tiba-tiba ternampak bangkai tikus penyek depan mata nasib baik tak dipijak.haha perlu ke cerita?



macam biasalah,bulan2 puasa ni petang balik sekolah rehat jap dalam satu jam lepas itu pukul 6.30 mula masak sampai waktu sebelum berbuka.haii ini lah rutin harian aku bulan puasa,kalau lah ibu masak tiap2 hari untuk berbuka kan best.barulah rasa suasana berbuka dgn family.Ye lah aku faham diorang tak ada pun sebab bekerja mencari rezeki untuk aku dan adik-adik juga.Tapi teringin sangat time berbuka tu ada Abah Ibu aku dan adik-adik baru sempurna.ini,dah tiga tahun macam ni.hanya kami tiga beradik sahaja yg berbuka bersama.Kadang sedang menjamah tu teringat kat ibu dan abah dgn apalah diorang berbuka.hurmm,



cerita pasal berbuka teringat ummi ajak aku berbuka bersama dengan rakan2 HSM yg lain.tak sabar sebenarnya nak tunggu sabtu ni berbuka bersama tapi tu lah moga2 lah tak ada aral yang melintang ah kalau melintang pun aku redah juga.haha terasa juga bosan tu kadang-kadang dengan memikirkan SPM nya lagi kalau lah korang jadi aku.sumpah korang mesti doa mati cepat2 sebab makin aku menghitung hari makin tak senang duduk aku dibuatnya.kalau satu hari tak buka buku mesti tak tenteram hati aku.tapi aku cuba untuk memperbaiki jadual harian aku yang kusut.

Time kusut ni korang rasa siapa yg boleh mengurangkan kekusutan aku? tak tahu? entah la orang yang aku harap boleh mengembirakan aku pun tenggelam timbul kadang-kadang je ada.macam biskut.sedih je sebenarnya tapi diam je lah. "kang dia balik lah tu" tapi bila? raya? lambatnya.nak sekarang. sobsob