Ramadhan kat pergi Syawal kata mari

haihh baru je balik dari sembahyang raya.entah apahal tiba2 rajin pulak nak update blog pagi buta ni.raya raya raya bukan excited sbb nak raya seronok sebab dah habis puasa. :)

baru aku perasan apa pasal pagi2 buta aku cepat emo.cepat sentap,cepat terasa semuanya cepat.tadi time tengah pakai baju melayu susana sunyi je kedengaran bunyi kuali ibu masak dgn bunyi tv je.tiba2 suara takbir bergema kuat bunyinya.sayu hati mendengar takbir,sbb aku jarang nak sayu2 dgr takbir tapi raya yg ni lain skitt,dalam hati aku berkata kata "alangkah gembira dan bermaknanya raya aku tahun ni jika disambut dgn rakan2 PLKN." bila sebut plkn aku mula teringat kat e'in dan sekutu sekutu aku di sarawak.mesti hapenning habis kalau diorang ada.dunia yg huru hara terus bertukar aman damai. wahhh macm tu,tapi apakan daya mereka jauh diseberang sana,apa yg mampu hanya call dan text je.itu pun dah kira happy.alhamdulillah alhamdulillah phone aku tak putus putus orang bg ucapan raya,ini menandakan org ingat kat kita.harap2 raya tahun ni lebih seronok berbanding tahun sebelumnya.baru raya 1 lek lu.haha k la bro gua nak sental rendang dulu pepahal wall post.kbye

over and over again

27/8.2011 jam 5.30am pagi yang sunyi ku bangun cuci muka untuk menjamu juadah bersahur,simple je juadah pagi tok.nasi kosong ayam goreng ngan kobis.

pagi tok skali gik ku teringat kat tak orang,tgh ku menjamu juadah bersahur pagi tok ku teringat mlm tadik pheng call ku semata mata mok dgr suara ku,nya padah nya rndu ngan ku gilak,tiba2 jak telimpas dalam fikiran muka2 orang yang paling ku rapat time kat kem dolok,bila makan dgn family ku teringat makan ngan rakan2 di sarawak ku teringat cara e'in makan.teringat makan ngan cdaknya yg rapat ngan ku.segala galanya ku teringat pagi tok,sebelum ku tido mlm tdik ku da post kat group plkn ku padah ku rindu tdo ngan nya.aok,ku rindu tdur sebelah e'in tiap mlm.biasanya sebelum tidur mek org makan mee,letup kan jarinya,tetak2 bsama,sembang2 sebelum tidur,kongsi cerita tentang hidup.hati ku sayu mena bila teringat moment2 ya.ku sik pat tahan.ku bangun ku cuci pinggan ku terus masuk bilit ku lalu jatuh kan air mata.tapi ku cuba utk kuat,tabah kan ati ku lap air mata.tapi apakan daya ku sik pat menahannya.

dalam ati ku kinek tok,mun ingat sarawak hanya 4 org jak yg ku slalu ingat e'in,pheng,lia & ilyas.ku rasa bertuah mena,tegal tuhan pertemu kan kita semua.kitak orang lah yang paling ku rindu.dolok,ku rami kawan tapi dalam rami2 ya jujur ku padah sik da sorang pun yg paham aku gne.tapi tak org selama ku knal 3 bulan,eventhough skejap tapi cukuplah tuhan ya mok nunjuk yg kita tok satu ati,satu palak and faham each other,kadang2 ku rasa idup tok kejam,Nya temu kan kita Nya pisah kan kita.dari ku sik tauk kaka sarawak sampe la ku boleh kaka,mun sik lancar at least ku boleh kaka.

siapa sangka rami yg dah jatuh ati ngan lagu favourite ku,Judas and Marry the night sampe tak orang afal lagu ya.slalu blagu judas dlm dorm,mun da masa lapang ku ngan in slalu jak btandak lagu ya,sampe nya afal lagu ya,lagu ya melekat ngan tak orang,bila tak org blagu lagu ya,ku rasa ku da embak 1 influansi dlm kem.tapi semua nya dah berubah knek,mun ku dgr lagu ya ku sik da rasa mok btandak gik,infact mun ku dgr lagu ya ati ku berubah sedih,kdang2 boleh polah ku nangis tegal teringat kat tak orang.sampe kinek tok,lagu ya dah sinonim ngan kita semua.dari ku sik da kawan sampe ku da teman istimewa yg mok kenalan ngan ku,ku rasa betuah mena.tapi apa apa pun ku mok tak org tauk ku sayang mena ngan tak org,ku arap friendship kita kan kekal selamanya.sik bmaksud mun kita dah pulang ke tmpat asal kita smua harus lupa each other,ingat ibuh sesekali tak org lupa kenangan manis kita.ku rindu takorang,rindu serindu rindunya,i wish we could be meet one day.love you myfriends.



Terima Kasih


Terima kasih Ibu,Terima kasih Abah
tanpa ibu dan abah adik bukanlah siapa2 hari ini

selama 18 tahun aku hidup banyak yang aku dah lalui bersama mereka and aku percaya korang pun lalui benda yang sama.sampai sekrang aku tak putus bersyukur kepada tuhan kerana aku dianugerahkan ibu dan abah yang cukup cukup faham dengan kieinginan ku.ye lah,sometimes kita sebagai anak memang tak boleh lari dari masalah keluarga,dan menjadi tanggungjawab kita untuk menyelesaikannya.bila aku kenang balik perjalanku selama 18 tahun didunia ni.bnyak dah pencapaian yang dah aku buat.dari aku kecik,aku tak tahu apa2 sampai lah sekarang aku digelar performer.seorang ibu bapa yang faham keinginan anaknya.sanggup keluar duit bila aku minta.padahal hakikatnya anak nya tahu yang si ibu tiada duit.yes aku sedar dan aku perasan benda ni semua.tapi apa yang membuat kan aku terharu melihat ibu aku adalah dia tak pernah jemu dgn karenah anak2nya.ye la,faham2 la kan aku ni cerewet kuat merajuk bagai.perkara yang paling membuatkan aku rasa menitis air mata adalah apabila ibu dan abah aku dpat tahu buat kali pertamanya aku mendapat tiga trofi dan menjadi pelatih keseluruhan terbaik di PLKN.aku dapat rasa kan kebanggaan ibu dan abah yang teraut diwajah mereka.cara abah terus berubah bila aku balik dari plkn,abah layan aku jauh lebih baik berbanding sebelum aku pg plkn.senang cerita semua dah jadi lain lah.

masa aku di kem surat ASWARA sampai ke rumah mengatakan aku lulus audition dan tawaran untuk masuk aswara.ibu terus direct call aku,ibu bagi tahu apa yang berlaku.lepas je aku tahu berita tu hati aku seronok sgt.tapi dalam keseronokan aku tu aku terfikir soal Kos dan pembayaran yuran,sebab time tu aku dah mindset yg abah tak kan bayar pembelanjaan utk ke IPTA tepi sebenarnya aku salah.bila aku balik KL 5 ahari utk menghadirkan diri di orientasi,ibu bagi tahu aku abah dah bayarkan semua kos pembelanjaan keseluruhan untuk tahun pertama diploma semuanya lebih kurang RM2000 aku terperanjat dan aku rasa bersyukur sgt sebab abah tolong bayarkan.aku bingung kenapa abah sanggup bayarkan semuanya sedangkan orang tua kedekut orangnya.jujur aku cakap.tapi ibu bagi tahu aku,yang abah rasa excited nak tolong aku msuk ipta sebab sebelum ni dalam banyak2 adik beradik aku lah org pertama yg smbung belajar di bawah government so abah tak nak merumitkan lagi proses pembelajaran aku kelak so dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang bapa dan kini aku masih berbangga dgn keputusan aku dan bersyukur dengan ketentuan ilahi kerana sekarang aku dah pun berada di Akedemi seni,budaya,warisan & kebangsaan Malaysia sesang dduk dlm perpustakaan aswara dlm bilik komputer tgh blogging. and yess harapan aku sejak dari form4 dah pun tercapai.

tapi dalam aku tgh happy dan excited utk belajar ada juga perkara yang kadang2 buat aku down sbb aku masih rindukan kpp dan aku masih rindukan kawan2 aku di sarawak.i miss you all.

Heavy metal lover

Damn i'm down again

hari ni ku aku bangun pagi sahur,mata berat sangat badan sakit2 sebab strech contem dance petang semalam.lepas sahur ku mandi solat terus berangkat ke kelas.aku blurr blurr pagi ni,aku tak ada mood,otak kosong,enfon tak sempat nak charge cabut plug charge bawak skali pegi class,sampai aswara sebelum streching start aku sempat charge fon,classmate aku pun sampai dia cakap class tak de pagi ni.class start pkol 11.aku macam so fuckk!! tapi aku watlek.dalam tengah dduk2 tu aku teringat balik memory card camera yang hilang time hari last aku kat kem.sampai skrg susah hati mana lah diam nya mcard tu.sebab segala kenangan ada kat dalam tu.2 bulan mcm2 benda aku tangkap,mcm2 bnde aku record lastly hilang mcm tu je yg paling sedih dalam tu ada video E'in nyanyi lagu Sahabat.tu la video yg paling aku syang.ishh ntah mcm mana boleh hilang.

jam menunjukan pukul 7.50 suasana sunyi tak ada student yg msuk class lagi.aku duduk berhadapan dengan studio music sekor budak music pun tak aku nampak.lepas tu En Seth sampai lalu streching class pun bermula.aku langsung tak da mood tak tahu pahal.sekor classmate pun aku tak bertegur.bibir ni mcm berat je nak bcakap.habis class aku on phone tetiba ada msg sampai.ku ingatkan lia.sebab kebiasaan nya lia akan wish good morning tapi msg yg ni tidak.bukan lia.aku baca dengan penuh kusyuk.tak perlu ku tulis balik apa yang dia text kat aku kat dlm blog ni.tak akan aku delete msg dia dr inbox phone. ckup sekadar aku sorang je tahu.lepas aku baca msg tu.dalam tak sedar aku tjatuhkan air mata.dia klua sendiri aku tak suruh pun.aku lap.dia klua lagi.dan aku terus menangis.aku out mood aku angkat beg dan terus balik rumah aku skipp clas hari ni sebab aku betul2 tak ada mood.aku tak ada hati nak blaja hari ji.otak aku kosong.aku balik.sampai rumah aku online.aku call dia.bila aku dengar suara dia rasa sedikit lega.walaupun hati masih macam tsunami.

aku tahu selama dua bulan aku mengenalinya,melalui cara nya aku dapat predict sebab dia seorang yang hati kental,hati kering,tak reti nak berjiwang.tapi kali ni dia dah tunjukan bahawa tanggapan aku salah,dia telus,dia jujur dan bagitahu apa yang dia rasa,bukan senang bagi orang macam ni utk meluahkan perasaan.tapi dia dah buat.however,dia tetap bestfriend and aku respect dengan kejujuran dia.thank you buddy

i could be your buddy,dy,dy,dy,dy but would you love me if i ruled the world world world

Suara seorang sahabat

wahai sahabat sematkan semua kenangan yang telah bersama sama kita lalui,suka dan duka memburu impian,moga teguhnya ikatan ini.sahabat,bertuahnya ku rasakan mendapat teman sepertimu membimbing menasihatiku hanya 1 dalam beribu.
-dedicated from Shah Nazreen Bin Zaimuri

i'm just the holy fool


I miss the way we laughing together,the way you smile,the nights we spent eating noodles and talking craps on ur fukcing bed.I really miss those memorable days,I just miss everything about you buddy.never ever forget you.take care :')

masih belum terubat

hari ni 12/8/2011,hari yang memenatkan,hari yang penuh keboringan,dan hari yang paling sway.urghh tadi sempat juga berbuka puasa dirumah hasil dari kekuatan kaki ku untuk mengejar bas yang sempat aku naik tadi hurmm kalau tak mmg berbuka kat lua dgn roti lah aku tadi.

pagi tadi aku pagi sekali lagi aku lambat ke kelas sbb traffic jammed,kelas start pukul 9,aku keluar rumah pkol 8 tak expect pulak jem hari ni.sampai aswara pkol 9.15. masuk2 je En. Seth (lacturer seni tari melayu) dah mulakan kelas budak2 semua dah start warming up.dengan kelamkabutnya kau masuk melulu ke dalam kelas tanpa menyadari yang en. seth yang gemuk lagi rabun itu berdiri kat pintu hadapan kelas.belum sempat aku letak beg dia dah maki hamun aku.classmate aku semua tdiam.dengan secara tidak langsung telah menghilangkan mood aku untuk menari nasib baik la hari jumaat class dance practical ada satu je.habis kelas,aku bergegas keluar gate aswara dan berjalan kaki seorang diri menyusuri ibu kota kuala lumpur yang penuh kesesakan lalu lintas menuju ke masjid jamek untuk melaksanakan solat sunat jumaat.dalam aku berjalan kaki,ku melihat ramai insan hamba2 allah yang sedang menuju ke satu tempat,meninggalkan segala kerja duniawi selama satu jam untuk mengerjakan ganjaran akhirat.

macam biasa selepas aku ambik air wuduk aku mencari port saf untuk aku mendengar kuthbah yang disampaikan.aku duduk bersila menghadap kiblat,lega rasanya kaki,ku urut kaki ku yang sedang kepenatan dalam ku mendengar kutbah yang sedang disampaikan.pertama kalinya dalam hidupku tidak pernah ku alami tidak pernah kudengar kutbah imam yang sedang memberi kutbah itu menangis teresak esak mengenangkan nasib masyarakat islam masa kini.lama jugak dia nangis sampaikan ada segelintir jemaah yang turut bersedih.inilah kali pertama aku mendengar kutbah sebegitu.tersentuh hati sebak rasanya.


habis aku sembahyang jumaat aku balik semula ke ASWARA berjalan kaki melintasi station LRT masjid jamek,dataran merdeka dan sampai ke destinasi.aku terus masuk dalam kelas.kelas petang ni pulak nama dia kelas asas lakon.best jugak kelas dia.tak lah boring dan tak lah menyakitkan hati macam kelas En. Seth pukimak tu.3 jam kelas lakon. pkol 6 aku pulang kerumah.kebiasaannya aku balik sorang hanya ditemani dgn MP3 aku yang diisi beribu lagu.tapi hari ni lain skit aku ditemani classmate aku yang dr terengganu.dia p;un otw nak balik terengganu so jalan skali la dgn aku sbb dia nak ambik bas pg pekeliling.dalam rancak bersembang sewaktu berjalan.tiba2 dia buka cerita,dia cakap dia nak berterus terang dgn aku. dia cakaplah yang selama ni aku sombonmg dah 3 minggu msuk ASWARA classmate sendiri pun susah nak mesra.dia cakap aku slalu buat muka serius dalam kelas.kurang bertegur dgn orang,lalu aku pun tersengeh and aku explain balik.

actually aku bukan tak suka korang or sombong dgn korang tapi masa belum mengizinkan,hati aku belum terbuka untuk terima semua ni,terus terang aku cakap.macam mana kau nak terima sesuatu benda yang baru sedangkan kau baru kehilangan sesuatu benda yang paling berharga dalam hidup kau? kau faham kan maksud aku? kau tahukan aku baru habis plkn dan kau sendiri boleh tengok dgn jelas kepala aku masih botak dan kulit aku masih gelap lagi.kau kene faham,aku rindu kawan2 plkn aku,setiap masa aku ingat kat diorang yg di sarawak macam mana aku nak focus dalam kelas.3 bulan kau berkawad lepas tu tiba2 kau terus kene menari.aku bukan robot,aku manusia yang ada hati dan perasaan bukan sombong atau apa.aku just still dalam mood plkn tapi sekarang aku sedang cuba untuk focus dalam kelas dan biasakan diri.tapi bout plkn aku tak akan dapat lupa dalam hidup aku sampai2 bila.....


lepas je aku explain apa yang aku rasa,mamat terengganu tadi tu terus senyap diam seribu kata.dia just tepuk bahu aku dan cakap yang dia faham akan situasi aku.seronok dan rasa lega bila kau luahan isi hati kau dkat seseorang even orang tu baru kau kenal.dan inilah yang aku rasa selama 3 minggu aku bergelar dancer di ASWARA.hidup aku penuh dengan kerinduan,dan masih dalam mood plkn.tapi walau macam mana pun aku tahu yang aku tak boleh terus dalam berkeadaan macam ni.life must goes on.yang berlalu biarkan berlalu,aku fuck sebenarnya nak cakap macam tu.tapi terpaksa sbb aku tahu masa x dapat diputar balik.kalaulah lah korang tahu bertapa rindu nya kmk ngan kitak orang kat sinun.kmk harap satu hari kelak kamek dapat pulang gik gi sinun jumpa ktk orang sumua.assalamualaikum.





Dear Friend


Make yourself an honest man, and then you may be sure there is one less rascal in the world and you wouldnt keep it shut in ur heart.what you update at your fb status make me drop my tears infront my dad.and my dad says 'bersabarlah yus,kalau betul kawan kau sayangkan kau dia tak kan lupa kan kau sampai bila bila'.after my dad said it i couldnt sleep at that night because i always thinking bout you my friend until now you are the one apart in my heart.i hope you remember me as like i remember to you always.

miss you L4/NO.1


29 JULAI bukan penghujungnya


kadang-kadang benda yang kita tak nak tu lah yang akan datang kadang kadang benda yang kita tak expect tu lah yang akan belakU sebab sudah pun terbukti apa yang kita dapat adalah dari sebalik yang kita inginkan.

Biarpun berjauhan,biarpun hilang dari pandangan namun memory yang kita bina bersama tidak akan ku lupakan,akan ku semadikan dalam hatiku hingga ke akhir hayat,kerana kau ku gembira kerana kau ku bersedih.

aku teramat merindukan kalian di sana,walaupun aku leka dengan kesibukan dikota namun wajah2 kalianlah yang sentiasa bermain difikiran ku sepanjang masa dimana jua aku berada,tidak lekang nama kalian dalam setiap doa ku ketika ku bersolat.

bukan kerana paras rupa bukan kerana latar belakang tapi yang ku rindukan adalah detik detik manis dan pahit kita bersama sewaktu di KPP.bila ku gembira kau lah panglipulara nya,bila ku bersedih kau lah pemberi semangat.tidak akan ku lupakan itu semua kerana kau adalah sahabat yang ku sayangi.kalau bukan tidak kerana ia kita tidak mungkin akan bertemu,kalau bukan kerana dia mungkin kita bukan siapa siapa,

walaupun hilang dari pandangan,tidak bermakna segala yang kita bina selama ini hilang bersama.tiada istilah 'terputus hubungan' pada masa kini.jadikan FB sebagai tempat kita saling comunicate.

Aku amat rindukan sarawak.

jangan ego jangan tipu diri sendiri jika hati dah mula rasa rindu pada sesuatu kerana kita manusia biasa yang punyai perasaan yang tak dapat dilihat dengan mata,mungkin mulut boleh diam kalau kita rasa rindu,mungkin bibir masih boleh tersenyum bila rasa rindu,tapi mata yang berlinangan tidak boleh tipu bila kita rasa rindu, jauh disudut hati rindu inilah yang membuat hati rasa gelisah .

aku rindu Bravo
aku rindu Cikgu Spencer dan Cikgu Rosli
aku rindu wira bravo L4
aku rindu shower bilik mandi
aku rindu masakan aroma catering
aku rindu surau Assyakirin
aku rindu katil keras ku
aku rindu locker
aku rindu suasana dorm
aku rindu meja makan L4
aku rindu turun waterfront
aku rindu JB
aku rindu 'FAHAM TAK NIH'?
aku rindu full loreng
aku rindu pakai baju pt
aku rindu rakan2 sarawak

dan yang paling membuatkan ku terdetik hati untuk pulang ke sarawak
aku amat merindukan

Shah Nazreen bin Zaimuri wira L4/NO.1
&
Syafirul afifi Bin Nordin Tan L4/NO.6

seriously,aku rindukan korang kbye.

itu tandanya sayang


telah ku alami nya,telah ku rasai pahit manisnya dan sekarang ianya hilang sekelip mata.

di sini aku nak bekongsi perasaan bersama korang semua.sebab aku tahu anda yang membaca turut sama merasai apa yang saya rasa sekarang.alhamdulillah aku kembali ke pangkuan keluarga dengan berkeadaan sihat lagi hitam dan botak.selamat sampai kerumah dan melihat wajah2 insan yang tersayang tak lain tak bukan adik adik abah dan ibu.tapi masih ada lagi perasaan yang tak dapat diungkap yang masih terbuku dihati kecil ini.

selepas sahaja turun flight di KLIA aku dapat merasakan sesuatu yang paling berharga dalam hidup aku telah hilang.walaupun masa tu excited nak balik rumah jumpa parent.sampai sekarang rasa rindu kat kawan2 dan warga kpp melekat di hati.sejujur jujurnya aku bagitahu sampai sekarang hati masih gelisah,apa je yang aku buat semua tak kena kerana terkenang kan rakan2 disarawak.aku teramat rindukan suasana kpp.mana tak nya selagi kepala aku botak dan selagi kulit yg gelap ini masih hitam berkilat selagi tu lah aku susah melupakan kpp.kenapa susah sangat utk melupakan terindah di kpp.rasanya begitu



perit dan sakit utk diterima.aku rindu suasana dorm,aku rindu suasana di dewan time kita semua tengah makan.yang paling aku akan rasa sedih bila teringat gelak tawa bersama kompani bravo.itulah yang bermain dalam fikiran aku sepanjang masa.seperti yang korang tahu aku dah pun mulakan kuliah di Akedemi Seni Budaya Kebangsaan.selepas balik kl harti sabtu lepas hari isnin aku terus start kelas.honestly,aku langsung tak da mood aku tak concentrate dalam kelas fikiran aku hanya berfikir tentang KPP.aku cuba utk melupakan tapi memang sukar untuk dipadam.sampai sekarang aku down semua bende aku buat semuanya tak kena.


pahit manis kenangan bersama di kpp memang tak akan aku lupa kan sampai bila.bila dah sampai kl ni.semua environment jadi lain.tiada lagi tidur di atas katil yang bercadarkan kain putih kosong dan beralmari kan baju2 dalam satu locker.bila mandi shower dirumah tak sama dgn shower di dorm.sangat2 terasa kelainannya.dan apa yang membuatkan air mata aku berlinang sewaktu menatap gmbar2 sewaktu di kpp adalah apabila aku teringat wajah orang yang sentiasa bersama aku di kpp,orang yang bergelak ketawa,sedih bersama tak lain tak bukan Shah Nazreen & syafirul afifi.aku teramat rindu kan mereka.aku ingat lagi sebelum tidu aku akan ajak e-in utk makan mee bersama dan selepas makan mee kitorang akan bersembang sampai terlelap mata setiap malam.tapi sekarang tu semau tak ada lagi dan tak akan berlaku lagi dlm hidup aku selepas ini.mungkin memory itu yang membuatkan aku susah utk melupakan mereka.terngiang ngiang ditelinga ku suara mereka.


yang membuatkan lagi aku berasa janggal adalah apabila tidak kedengaran lagi suara cikgu rosli berteriak memanggil kompani bravo.dan yang paling tak akan ku lupakan trademark beliau 'FAHAM TAK NIH?'.aku rindu gelagat ford meniru aksi encik jefry bagi hukuman.tak kan aku lupa kan seumur hidup.shhhh susah btul utk aku melupakannya.hampir 3 bulan di sarawak dah macam2 benda aku belajar dan yang paling effection adalah kmk blja kaka sarawak.sampe knk tok kmk blh gik kaka sarawak rndu bna rasa kat org2 sinun.hari demi hari aku cuba utk tenangkan hati gelisah ini.tapi masih juga tak boleh.kpp bnyak mngjar aku apa erti pengorbanan walaupun dari mulanya aku tak pernah expect yang aku aku akan jadi ketua kompani,aku tak pnah terfikir langsung yg aku akan pgang jawatan yg berat utk meggalas tugas yang besar.tapi aku cuba dan cabar diri aku sbb aku tahu peluang cuma sekali.dengan dorong dan sokongan yang diberikan oleh cikgu rosli dan cikgu spenser.segala penat lelah,akhirnya aku diberikan anugerah ketua platun terbaik,pelatih wira terbaik dan pelatih keseluruhan terbaik.itu semua hasil dari sokongan cikgu2 dan rakan2.tanpa diorang aku tak akan dapat bolot sampai 2 anugerah.tapi yang pasti aku puas dgn apa yg aku dah lakukan di kpp.cuma skrg ni rasa rindu yang susah untuk dihilangkan.

kita anggaplah segala hasil kerja kita penat lelah kita di kpp dijadikan sebagai memory terindah seumur hidup.aku percaya setiap diantara kita ingin kembali di kpp tapi apakan itu semua sudah pun berlalu dan kita perlu meneruskan hidup masing2.jadi kan pllkn sebagai tranformasi utk diri kita menjadi yg lebih baik.cuma yang penting skrg ni adalah eratkanlah hubungan yang kian terjalin ini.jadi kan FB sebagai platform utk kita saling berhubung sebab kita adalah batch terbaik kpp sepanjang lapan siri ini.kepada rakan2 di sarawak jaga diri bnar2 ibuh molah bnda yg bukan2. yang mana nak turun kl kelak lju mdh ngn kmk.klk boleh nemu.i miss you guyss a lot