I'm going away for a while


im going away for a awhile but i'll be back dont try to follow me,cause i'll turn as soon as possible.

aku akan pergi jauh menyeberangi semananjung.err sorry tak pandai berpuisi lah bro.
hurrmm dalam masa lebih 20 hari je lagi aku kat kl ni,menghabiskan sisa sisa hidup dgn penuh keriangan,sbb lepas tu aku dah riang2 lagoi dah.jauh dari semua orang yang aku kenal,jauh dari kesesakan bandar,jauh dari orang tersayang,jauh segalanya lah.aku akan rentas laut china selatan dan akan mendarat disatu tempat dimana tak ada sorang pun aku kenal.dalam masa dua bulan aku tak kan rasa lauk ibu,aku tak kan tidur di katil sendiri dan peluk bantal sendiri,aku tak kan dgr suara gaga macam mana aku dgr tiap2 hari sebelumnya,apa yang akan aku hadap adalah celoreng biru yang akan menjadi baju basahan harian aku.boot highcut hitam yang akan menggantikan kasut Macbeth Vagen aku.Studio yg beraircond untuk latihan menari akan bertukar menjadi padang tar yang lapang,disinar kan lagi dgn pancaran matahari yang cukup berpotensi untuk buat kulit aku menjadi gelap macam aci sebelah ni ha.shower akan jadi gayung,'Judas' akan jadi 'Wira dan wirawati negara'.aku sendiri tak dapatkan macam mana rupa dan mentaliti aku bila masuk plkn nanti.aku tak tahu siapa aku kat sana nanti.


rasa betuah dan bersyukur juga dapat plkn ni,bukan semua orang sapat dan bukan semua org semenanjung berpeluang dapat kem kat sarawak,rasa tak nak pergi tu mmg dah lama ada tapi bila dah fikir panjang ni rasa macam rugi pula tak pergi orang ye lah mana tak nya.kat sini kita akan create sesuatu yang baru contohnya,friendship,bina sahsiah diri rasa pegang senapang,rasa celup badan dalam lumpur kat jinjang ni celup lumpur kat mana pun tak tahu.dapat berkenalan dgn kawan seluruh malaysia.awesome tu.dari situlah sometimes aku rasa excited pulok tetiba nak g plkn.tapi yang menghilangkan mood dan rasa benci nak pg plkn pula bila terfikir banyak gila show kene buat dalam masa 2 bulan tu,munschys,flash mob,shooting,show biasa.kalau total semua tu dalam masa dua bulan setengah mahu beribu ringgit juga aku boleh dapat.

tapi tulah kita ni sebagai anak kene dgr juga cakap mak ayah.ibu kata 'dik,kau pg lah plkn tu sekali seumur hidup,show tu bila2 kau boleh dapat,dapat kawan baru seluruh malaysia,pegang senapang,masuk hutan macam komando belum tentu kau boleh rasa sampai mati nanti'. ada betul juga kata ibu.so cerita dia sekarang ni nak tak nak kene pergi juga.segala plan aku untuk bulan 6 dan tujuh cancel macam tu je. agak pukimak disitu.kalau pergi jadi hitam badan sador tak pe lagi dapat terima,jangan aku balik dari plkn nanti semua orang2 yang baca entry ni dah lupa aku sudah la.aku sepak sorang2.bye