Catatan 2010

Duaribusepuluh ,nice to meet you .365 hari bersama ,kau lah saksi segala apa yang berlaku dalam hidup aku.Suka dan duka bersama kau tak akan aku lupakan kerana dalam banyak-banyak tahun yang aku kenal kau lah yang terbaik bagi aku Duaribusepuluh.kau banyak mengajar aku erti kehidupan,kasih sayang dan paling penting adalah erti pengorbanan.Walaupun kesedihan dan keperitan hidup itu lebih banyak dari kegembiraan,bagi aku itu lah yang mengajar aku

bagaimana untuk menjadi yang lebih bari yang sebelumnya,

bagai mana untuk menjadi insan yang berguna pada keluarga,

bagaimana untuk menjadi orang yang disenangi oleh rakan-rakan,

bagaimana untuk hidup disaat kita dalam srba kekurangan

bagaimana untuk memuaskan hati orang yang kita sayang

bagaimana untuk meyakinkan orang sekelilig tentang diri kita

bagaimana cara bersyukur

dan bagaimana cara untuk menyingkirkan orang yang dah buat palat dalam hidup kita.

Bila waktu gembira,gembira sangat,rasa diawang awangan tak ingat dunia.bila waktu sedih,sedih sangat bagaikan tiada sorang pun mendengar rintihan hati ini rasa macam nak bunuh diri.Tapi sebagai seorang lelaki aku tak boleh pasrah merebah dan melepaskan cita-cita dan harapan begitu sahaja.Aku harus tabah,kental untuk hadapi semua keperitan yabg dialami walaupun hakikatnya aku tak lah sekuat yang dinyatakan.Keadaan mengajar aku bagaimana untuk keluar dari belenggu masalah.solat,teman karib,menari itu lah cara aku melepaskan segala apa yang terpendam.

Asam garam kehidupan,bermacam macam hal dan konflik berlaku baik dengan kawan2,mahupun dalam karier.gaduh,saling menjatuhkan antara satu sama lain tu semua dah jadi lumrah hidup.ye memang betul perkara2 macam ni lah yang boleh menjatuhkan kita tapi tak bermakna kita tak boleh teruskan kehidupan aku jadikan konflik yang berlaku sebagai iktibar untuk tidak diulangi silap yang sama dimasa hadapan.orang jales tengok kita sebab kita lebih hebat dari dia,orang ejek kita sebab dia tak boleh jadi macam kita,orang aniaya kita sebab dia tak dapat terima yang dia tu sebenarnya tak boleh pakai punya orang.pokok pangkalnya kita,kalau kita rebah tak ada siapa yang akan tolong angkatkan kita.melainkan kita sendiri ikhtiar untuk bangun sendiri dan tunjuk fuck kat dia.thats my way bebehh



Duaribusepuluh juga tahun ONG bagi aku.haha mana tak nya.dalam dua tahun ini sahaja aku dapat mengutip dalam anggaran hampir2 RM15 000 untuk payment show yang aku dapat.Alhamdulillah katanya,ianya berubah menjadi lebih baik berbanding dengan tahun yang sebelumnya.Mungkin dalam 2 tahun banyak job yang dapat.teater KITA the musical dan GAMAT the musical menjadi platform besar aku untuk mendekatkan diri dan mengenali orang2 dalam dunia seni .alhamdulillah.Dengan hasil usaha diri sendiri kini aku mula lebih mengenali ramai orang2 yang kuat dalam bidang tarian.5 tahun aku berkecimpung dalam dunia seni tari ni memakan masa 3 tahun aku untuk menjinak jinak kan diri dalam bidang tari.disekolah aku menjadi orang yang dikenali dengan koreografi,cikgu2 dan rakan yang menyokong karier aku.semuanya menjadi ayam tambatan untuk aku terus semangat untuk menari.menari bukan sekadar untuk mencari keuntungan dan menari bukan sekadar untuk present ur self tapi menari juga mengajar aku untuk berdisiplin dan juga teliti dalam semua perkara.

2010 tahun senior aku di sekolah.pengalaman dan kenangan cukup2 banyak kat sekolah tu.baik sedih dan gembira semuanya ada.Aku bertuah kerana ditempatkan dengan rakan2 yang memahami diri ini.mereka dapat menerima kehadiran aku.mereka memahami karier aku.dengan itu,cukup lah membuatkan aku rasa cukup sayang dekat diorang.KRS form5,gentle aku rindu korang.classmates 5fasih smua yang macam cilahabau.aku rindu korang teruk punya.ynag pasti 2010 membawa aku lebih kehadapan dengan persembahan2 yang lebih semegah kat sekolah tu.aku puas dgn apa yang dah buat kat sekolah tu sepanjang tahun ni.



Apa lagi yang tak cukup semua aku dah cerita.1 hari lagi menjelang 2011 dan hidup aku tidak lagi seperti tahun sebulumnya,11 tahun bergelar budak sekolah.kini tidak lagi.aku harus melangkah kedunia baru.dunia yang penuh cabaran.sambung belajar.dapat pekerjaan tetap dan khawin.tapi tu tak bernakna yang aku akan lupakan semua yang aku dah buat time sekolah .sebab macam, orang tua kata lah’zaman sekolah lah yang paling seronok”.oleh itu mohon ampun dan maaf kepada semua hamba allah yang aku kenal.terutamanya rakan2 yang mengenali diri ini.terima kasih kerana hadir daam hidup aku.aku harap korang Berjaya dalam hidup masing2 berjaya dengan karier masing2.OMG semuanya dah lain.satu je lah yang aku minta kepada sipembaca POST ni.jangan lupa dengan memory2 indah yang dah kita lakarkan sebelum ini.keep in touch.we are still friend. semoga Berjaya dalam hidup.berat lidah untuk kata selamat tinggal untuk 2010.jumpa di tahun 2011 yang sememangnya menjanjikan yang lebih baik.assalamualikum warahmatullahi wabarakatu.

YUSOF HASHIM sayang anda semua.