masih belum terubat

hari ni 12/8/2011,hari yang memenatkan,hari yang penuh keboringan,dan hari yang paling sway.urghh tadi sempat juga berbuka puasa dirumah hasil dari kekuatan kaki ku untuk mengejar bas yang sempat aku naik tadi hurmm kalau tak mmg berbuka kat lua dgn roti lah aku tadi.

pagi tadi aku pagi sekali lagi aku lambat ke kelas sbb traffic jammed,kelas start pukul 9,aku keluar rumah pkol 8 tak expect pulak jem hari ni.sampai aswara pkol 9.15. masuk2 je En. Seth (lacturer seni tari melayu) dah mulakan kelas budak2 semua dah start warming up.dengan kelamkabutnya kau masuk melulu ke dalam kelas tanpa menyadari yang en. seth yang gemuk lagi rabun itu berdiri kat pintu hadapan kelas.belum sempat aku letak beg dia dah maki hamun aku.classmate aku semua tdiam.dengan secara tidak langsung telah menghilangkan mood aku untuk menari nasib baik la hari jumaat class dance practical ada satu je.habis kelas,aku bergegas keluar gate aswara dan berjalan kaki seorang diri menyusuri ibu kota kuala lumpur yang penuh kesesakan lalu lintas menuju ke masjid jamek untuk melaksanakan solat sunat jumaat.dalam aku berjalan kaki,ku melihat ramai insan hamba2 allah yang sedang menuju ke satu tempat,meninggalkan segala kerja duniawi selama satu jam untuk mengerjakan ganjaran akhirat.

macam biasa selepas aku ambik air wuduk aku mencari port saf untuk aku mendengar kuthbah yang disampaikan.aku duduk bersila menghadap kiblat,lega rasanya kaki,ku urut kaki ku yang sedang kepenatan dalam ku mendengar kutbah yang sedang disampaikan.pertama kalinya dalam hidupku tidak pernah ku alami tidak pernah kudengar kutbah imam yang sedang memberi kutbah itu menangis teresak esak mengenangkan nasib masyarakat islam masa kini.lama jugak dia nangis sampaikan ada segelintir jemaah yang turut bersedih.inilah kali pertama aku mendengar kutbah sebegitu.tersentuh hati sebak rasanya.


habis aku sembahyang jumaat aku balik semula ke ASWARA berjalan kaki melintasi station LRT masjid jamek,dataran merdeka dan sampai ke destinasi.aku terus masuk dalam kelas.kelas petang ni pulak nama dia kelas asas lakon.best jugak kelas dia.tak lah boring dan tak lah menyakitkan hati macam kelas En. Seth pukimak tu.3 jam kelas lakon. pkol 6 aku pulang kerumah.kebiasaannya aku balik sorang hanya ditemani dgn MP3 aku yang diisi beribu lagu.tapi hari ni lain skit aku ditemani classmate aku yang dr terengganu.dia p;un otw nak balik terengganu so jalan skali la dgn aku sbb dia nak ambik bas pg pekeliling.dalam rancak bersembang sewaktu berjalan.tiba2 dia buka cerita,dia cakap dia nak berterus terang dgn aku. dia cakaplah yang selama ni aku sombonmg dah 3 minggu msuk ASWARA classmate sendiri pun susah nak mesra.dia cakap aku slalu buat muka serius dalam kelas.kurang bertegur dgn orang,lalu aku pun tersengeh and aku explain balik.

actually aku bukan tak suka korang or sombong dgn korang tapi masa belum mengizinkan,hati aku belum terbuka untuk terima semua ni,terus terang aku cakap.macam mana kau nak terima sesuatu benda yang baru sedangkan kau baru kehilangan sesuatu benda yang paling berharga dalam hidup kau? kau faham kan maksud aku? kau tahukan aku baru habis plkn dan kau sendiri boleh tengok dgn jelas kepala aku masih botak dan kulit aku masih gelap lagi.kau kene faham,aku rindu kawan2 plkn aku,setiap masa aku ingat kat diorang yg di sarawak macam mana aku nak focus dalam kelas.3 bulan kau berkawad lepas tu tiba2 kau terus kene menari.aku bukan robot,aku manusia yang ada hati dan perasaan bukan sombong atau apa.aku just still dalam mood plkn tapi sekarang aku sedang cuba untuk focus dalam kelas dan biasakan diri.tapi bout plkn aku tak akan dapat lupa dalam hidup aku sampai2 bila.....


lepas je aku explain apa yang aku rasa,mamat terengganu tadi tu terus senyap diam seribu kata.dia just tepuk bahu aku dan cakap yang dia faham akan situasi aku.seronok dan rasa lega bila kau luahan isi hati kau dkat seseorang even orang tu baru kau kenal.dan inilah yang aku rasa selama 3 minggu aku bergelar dancer di ASWARA.hidup aku penuh dengan kerinduan,dan masih dalam mood plkn.tapi walau macam mana pun aku tahu yang aku tak boleh terus dalam berkeadaan macam ni.life must goes on.yang berlalu biarkan berlalu,aku fuck sebenarnya nak cakap macam tu.tapi terpaksa sbb aku tahu masa x dapat diputar balik.kalaulah lah korang tahu bertapa rindu nya kmk ngan kitak orang kat sinun.kmk harap satu hari kelak kamek dapat pulang gik gi sinun jumpa ktk orang sumua.assalamualaikum.