Ramadhan kat pergi Syawal kata mari

haihh baru je balik dari sembahyang raya.entah apahal tiba2 rajin pulak nak update blog pagi buta ni.raya raya raya bukan excited sbb nak raya seronok sebab dah habis puasa. :)

baru aku perasan apa pasal pagi2 buta aku cepat emo.cepat sentap,cepat terasa semuanya cepat.tadi time tengah pakai baju melayu susana sunyi je kedengaran bunyi kuali ibu masak dgn bunyi tv je.tiba2 suara takbir bergema kuat bunyinya.sayu hati mendengar takbir,sbb aku jarang nak sayu2 dgr takbir tapi raya yg ni lain skitt,dalam hati aku berkata kata "alangkah gembira dan bermaknanya raya aku tahun ni jika disambut dgn rakan2 PLKN." bila sebut plkn aku mula teringat kat e'in dan sekutu sekutu aku di sarawak.mesti hapenning habis kalau diorang ada.dunia yg huru hara terus bertukar aman damai. wahhh macm tu,tapi apakan daya mereka jauh diseberang sana,apa yg mampu hanya call dan text je.itu pun dah kira happy.alhamdulillah alhamdulillah phone aku tak putus putus orang bg ucapan raya,ini menandakan org ingat kat kita.harap2 raya tahun ni lebih seronok berbanding tahun sebelumnya.baru raya 1 lek lu.haha k la bro gua nak sental rendang dulu pepahal wall post.kbye